Saturday, January 2, 2010

PERJUMPAAN PERTAMA WAKIL LRG.KG.AYER

.
JAWATANKUASA AD-HOC KG.AYER PERTAMA
.
.
Dalam Perjumpaan pertama oleh mesyarakat kampung air , keputusan telah dibuat supaya satu perjumpaan KOARUM PENUH hendaklah diadakan di kediaman En.Abdullah Sani bin Hj.Abdul Salleh di Kg.Ayer Lorong 3 Abdullah Sani pada 03.01.2010 ( Ahad ) bagi memutuskan penubuhan Ad-hoc Committee bagi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya terhadap masa depan kg.Ayer pada masa akan datang.
Perjumpaan ini dihadiri oleh :
1. ABDULLAH SANI HJ. ABDUL SALLEH ( Lrg.3 -Lorong Abdullah Sani )
2. HAJI MAHMUD HJ. MANSUR ( Lrg. 1 - Lorong Hj. Mahmud Hj. Mansur )
3. MAHMUD HAJI AHMAD ( Lrg. 5 - lorong YB.Datuk Basalie & Hj. Baddiri )
4. YUSSOF HJ. WAHAB ( Lrg. 4. - Lorong Penghulu Hindi & Hj. Abdul Razak )
5. AL KONSO HJ.ABDUL SALLEH ( Lrg 6 - Lorong Hj. Jun & Hj. Mutalib ).
6. ABDUL AZIS HAJI HAMID - hantar wakil ( Lrg. 2-Lorong Hj. Abdul Hamid )
7. HJ. NASIR HAJI JUN ( Mangsa Kebakaran 15-12-2009 )
Lorong dan Jambatan atau 'wharf' atau Lot ini mempunyai nama masing masing disebabkan penama penama adalah mereka yang bertanggungjawab membena jambatan berkenaan dan menyelanggaranya untuk sekian lama sejak wujudnya penerokaan di kampung Air Semporna.
Lorong Lorong ini juga telah dipohon oleh penduduk secara rasmi melalui pegangan GERAN masing masing dan masih dalam proses permohon disebabkan masalah Pentadbiran yang berlanjutan. Meysarakat kampung Ayer memang sedia maklum bahawa Status ini di Kawasan ini adalah STATE LAND dan boleh dimiliki secara INDIVIDU.