Thursday, January 7, 2010

MEMORENDUM KG.AYER DI KEMBALIKAN TANPA PERHATIAN

.
PETA PEKAN SEMPORNA
.

.
HEMPITAN KAPITALIS KAPITAN
.
WATER VILLAGE : Kg.Ayer Semporna Terhempit oleh Golongan 'kapitalis' yang sedang berlumba-lumba membena pusat pelancongan di Pekan Semporna, peta Pekan Semporna 'KUMPULAN DOLTON SDN BHD' sedang membena bangunan bangunan Pelancungan di Sebelah kanannya sementara 'KUMPULAN UNCLE CHANG DAN NIEPEW' nya sedang membena Jeti Pelancongan untuk Golongan Kapitalis menjalankan aktiviti Perniagaan. Keadaan tanah pantai yang sempit dihempit lagi oleh kapitalis yang sedang rakus mengaut keuntungan.
Pentadbiran Daerah nampaknya lebih berminat dan memberi keistimewaan? kepada Golongan ini menjalankan aktivitinya membena bangunan bangunan pelancungan yang mengakibatkan keadaan tanah RESERVE KAMPUNG AYER semangkin sempit. Kg.Air yang sebelum ini mempunyai kawasan tanah Persisiran hampir 50 ekar nampaknya dihempit sehingga keadaan keluasanya tidak sampai 20 ekar.

MEMORANDUM KG.AYER SEMPORNA DI TOLAK.

Satu Memorendum telah dirumuskan oleh mesyarakat KG.AYER Semporna (Penduduk Bumiputera) sebagaimana penduduk yang Tinggal Di Hutan atau Daratan (Penduduk Setinggan Hutan) di Negeri ini.
Tujuan memorendum ini dikemukakan ( Sila Klik Link ) sebagai satu plan cadangan Penduduk kampung bagi menyahut Matlamat Kerajaan kearah Setinggan Sifar 2015 ( Sabah Negeri Maju ). Jawatankuasa Ad-hoc Kampung Ayer yang ditubuhkan pada 3hb. januari 2010 membuat keputusan untuk mencotohi rakan rakan mereka YANG TINGGAL DALAM HUTAN atau yang BERSETINGGAN dalam hutan supaya masa depan mereka terjamin kearah setinggan SIFAR 2015.

Namun memorendum ini telah dikembalikan Tanpa Kajian, Bacaan dan Diteliti dengan alasan saluran yang sesuai bagi maksud ini adalah saluran Politik.
Bagi pihak jawatankuasa Ad-hod Kampung Ayer kami akur dengan tindakan Pegawai Daerah yang tidak berminat untuk membaca,menkaji dan meneliti memorendum ini dan seterusnya menyerahkan beban tugas itu kepada Wakil Rakyat untuk menjalan kerja berkenaan, berhadapan dengan rakyat.
Nampaknya Pentadbiran Daerah lebih berminat dan memberi keistimewaan kepada Golongan KAPITALIS untuk terus menghempit mesyarakat KG.AYER, Dengan pembenaan bangunan bangunan pelancungan, jambatan dan jeti sedang rencak bangunkan masa ini.
Selaku jawatankuasa Ad-hoc Kg.Ayer yang bertanggungjawab kami akan menulis surat kepada ADUN Bugaya Datuk Ramlee Marahaban untuk memaklumkan perkara ini dan mengajak Ahli Yang Berhormat berkenaan untuk mengadakan satu Dailog dengan penduduk Kg.Ayer bagi memastikan rancangan pihak kerajaan mencapai matlamat SETINGGAN SIFAR benar benar memberikan manafaat kepada mesyarakat kampung dan rakyat bukan kepada KAPITALIS.

Insya-allah sedikit masa lagi kita akan mengirimkan surat kepada beliau(ADUN BUGAYA) bagi maksud ini bersama memorendum yang di tolak itu.
Kita juga akan memohon supaya Jeti Pelancongan yang sedang rancak dibena disebelah Kg.Ayer itu di hentikan 'serta merta' sebelum masalah mesyarakat kampung diselesaikan terlebih dahulu, kerana perbuatan dan rancangan ini hanya menyebabkan penduduk Kg.Ayer kekurangan tanah perumahan dimana tanah tanah ini berikan pula kepada Golongan KAPITALIS.
Saya sempat datang ke PEJABAT DAERAH SEMPORNA pada 5HB. Januari 2010 jam 3.00 petang (selasa) masa Pejabat,untuk menemui D.O (Peg.Daerah Semporna) yang kebetulan sedang bermasyuarat dengan GOLONGAN KAPITALIS (Pengusaha Pelancungan yang membangun JETI PELANCUNGAN di KAMPUNG AYER), saya amat terkejut bila melihat salah seorang pengusaha pelancungan yang hadir bermasyuarat dengan beberapa ketua ketua JABATAN DAERAH SEMPORNA didalam BILIK MESYUARAT RASMI PEJABAT DAERAH SEMPORNA yang dihadiri oleh D.O sendiri dan Peg.Kerja kanan MAJLIS DAERAH SEMPORNA juga beberapa Ketua Ketua jabatan.
Pengusaha berkenaan hadir bermesyuarat dengan BAJU SINGLIT KETIAK KELUAR (Maaf saya tak tahu apa singkatan jenis baju ini tapsirkan sendiri), berada dalam pejabat rasmi kerajaan berhadapan dengan ketua ketua jabatan DAERAH SEMPORNA.
Isunya disini GOLONGAN KAPITALIS ini terlalu berkuasa sehingga boleh menutup mulut KETUA KETUA JABATAN untuk mengajarnya DISPLIN BERPAKAIAN dan BERMESYUARAT untuk membincang Masa depan Rakyat.
Jika inilah Disiplin pengusaha Pelancungan menghadiri mesyuarat sehingga gagal memperlihatkan PAKAIAN BERSOPAN (Mungkin belum berus gigi) dan datang ke MESYUARAT RASMI Ketua ketua Jabatan seperti KOBOI, maka tak hairanlah Rakyat KG.AYER akan dilayan dan ditangani oleh pihak Pentadbiran DAERAH cara KOBOI, Kebetulan pula KOBOI ini sedang membangun jeti Pelancungan Semporna.
Insyallah bagi maksud ini pihak saya akan memanggil satu perjumpaan dengan penduduk kg.air bagi membincangkan lojik dan keperluan JETI BERKENAAN yang sedang dibena di kg.Ayer dimana Lesen hanya diberikan kepada pengusaha Pelancongan untuk mendudukinya, sementara penduduk tempatan TIADA SEORANG pun memiliki Lesen Berkenaan (penduduk Tempatan KG.AYER) dan layak memilikinya kerana peraturan dan faktor LESEN PPELANCUNGAN yang hanya dikeluarkan kepada KAPITALIS.
Antara lain dalam memorendum 11 PERKARA itu penduduk kampung memohon plan tindakan Jangka Panjang, Jangka Pendek dan Tindakan serta merta bagi masa depan mesyarakat kampung yang dianggap oleh PENTADBIRAN DAERAH sebagai SETINGGAN.
Pada pendapat saya KG.AYER SEMPORNA bukanlah SETINGGAN hanya mereka yang berfikiran KOBOI menganggap KG.AYER sebagai setinggan.
Adun dan MP kawasan ini diminta untuk lebih berhati hati menangangi PENEMPATAN KG.AYER kerana mereka adalah pemduduk tempatan dan bumiputera tulin Daerah ini yang mempunyai legasi terkenal iaitu LEGASI MAGINDORA (Mangi' - in - dorah).